Pages

Thursday, June 7, 2012

LAWATAN KALI KE - 2 KE SEREMBAN

Hari ini hari Khamis bersamaan 07/05/2012, aku bersama - sama dengan bakal teman serumah aku di Seremban nanti telah pergi ke Seremban buat kali ke - 2 untuk tengok dan ambil kunci rumah. Lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi kami bertolak tapi tak terus ke Seremban, kami singgah dulu kat kedai sebelah KTM Tg. Malim untuk bersarapan. Aku pekena Nasi lemak dulu maklum la pagi - pagi lagi kan... hehe... Lepas satle makan dalam pukul 11.00 - 11.30 pagi baru kami terus bertolak ke Seremban. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Aku kalau naik kereta tu besa la, tak sedar diri dah la, sedar - sedar dah sampai... Sebaik sampai kami pun carilah rumah yang dikatakan itu yang terletak di Taman Coral kalau tak silap aku... huhu.. maklum la rumah baru tak sempat nak ingat nama taman lagi. hehe.. nasib baik tak susah nak cari rumah tu, sekali jalan ja terus boleh jumpa dengan alamat tu. Rumahnya satu tingkat jer, tak sempat plak nak ambil gambar.... boleh la setakat nak duduk 7 orang tu kan, selesa la jugak... :-) dekat 1 jam kami dekat rumah tu sambil - sambil dengar tuan rumah bagi briefing kat kami... hehe... mana taknya, geng - geng bujang nak duduk kat rumah dia kan... nasib baik la dia baik, dia kata guna ja apa yang boleh guna kat rumah nie, kalau benda tu rosak nak buat macam mana, tak guna pun dia akan rosak jugak baik guna.. huhu.. ok la kan boleh dikatakan lengkap jugak la barang - barang kat rumah tu, ada TV, peti ais, mesin basuh, dapur gas, pinggan - mangkuk, sofa dll lagilah.... boleh dikatakan lengkaplah barangnya... hehe.. Ok, kunci dah ambil, kontrak pun dan sain, sekarang tunggu masa yang sesuai sahaja untuk angkut barang - barang di Tg. Malim nie untuk ke Seremban. Jadi orang Nogori la plak aku selama 16 minggu nanti...

Lepas dah satle dengan rumah kami p round - round Seremban sat nak kenal - kenal dengan tempat la jugak kan... kami pi Parkson untuk permulaan nie... huhu.. Habis la aku nanti, macam - macam ada kot kat Seremban nie kalau nak dibandingkan dengan Tg. Malim nie... Kami p makan tengah hari kat Nasi Ayam Hainan kat area Seremban nie jugak.. Perghhhh... kena sorang RM8.00... Boleh tahan harga... huhuu....

Lebih kurang pukul 6.00 ptg kami pun bertolak balik ke Tg. Malim, singgah sat kat R&R Rawang untuk Solat pastu terus balik Tg. Malim... Pastu datang idea dari Jimbo nak makan steamboad plak dah kat kedai yang baru dibuka kat Kalumpang. Disebabkan kedai tu pun baru kami pun On je la... Malas nak cita panjang - panjang pasal steamboad nie, silalah layan gambar- gambar kat bawah nie.... ooppss sebelum tu.. makan kat sini dia kira kepala tau, 1 kepala RM20.00, makan sampai muntah... heheehe... kalau bayak kepala pandai - pandai la ampa kira noh.. hehe










 masing - masing dengan gaya tersendiri....


























Macam - macam jugak la ada, ayam, daging, kerang besar, kerang kecil, kepah, udang, sotong putih, sotong kurita, fish ball, ketam, sayur - sayuran, kueh, ais krim.. Ehhh... tak tersenarailah aku nak senaraikan, kalau nak taw lebih lanjut pergi sendiri yeerrr.. hehe... senang je tempat dia, jalan menghala ke Kalumpang sebelum sampai JPJ kalumpang kiranya atas sikit je dari jejantas yang nak ke highway tu.... dia dok belah kiri.. insyallah boleh jumpa aih.. hehe.. 

Ok lah sampai sini dulu yer.... perut tersangat kenyang dah nie, mata plak dah tak larat nak angkat.. insyallah kalau berkesempatan jumpa lagi yer... Wasalam.. Best For All... :-)

4 comments:

  1. untunglah boley ber'steamboad' kn.. tercapai gak impian dak adiek @ husaini nk mkn steamboad tuh.. keh..keh..keh.. !

    ReplyDelete
  2. weyyy..bwak aku skali wey... terliuQ daa nie...hahahhaahah

    ReplyDelete