Pages

Sunday, January 8, 2012

PERISTIWA SG, CHILING

Semalam ( 7 Januari 2011) bermacam - macam peristiwa yang berlaku dari sebelum hinggalah nak balik dari Sg. Chiling. Peristiwa sebelumnya adalah dalam perancangannya kami nak bertolak pada pukul 8.00 pagi. Aku pada malam sebelumnya aku tak dapat nak tidur tak tau pasai pa, sampai la pukul 7.45 pagi aku pun gerak la nagoi - nagoi kat umah aku nie. Yang hampehnya bila aku pi gerak Man ok lagi, dia bangun tukaq pakai kain tuala pi duduk kat tangga, yang sorang lagi si Husaini bila aku pi ketuk pintu bilik dia, dia kata " Ok ok", aku pun pi la tukaq baju dulu. Keluaq ja bilik aku tengok Man still lagi kat tangga dengan mata tertutup, aku punya tanya la " Woi nak pi dak" boleh dia jawab "Malas". Lepas tu aku masuk bilik Husaini pulak, boleh dok berselumut litup lagi, aku pn apa lagi tarikla selimut dia tu, tanya nak pi tak, dia pulak jawab "Malas la, esok je la g". Dua - dia kata cam tu aku pun apa lagi, masuk balik bilik aku, kunci pintu terus tidoq, sebelum tu aku antaq mesej dulu kat Rahim (orang yang post kat FB pasai nak pi pukul 8.00 pagi) aku antaq mesej pukul 8.10 pagi, 10 minit lepas tu aku tunggu - tunggu mesej aku tak berjawab aku pun tunggu apa lagi, lena terus r. Dok sat lepas tu aku dengar bunyi bising macam orang dok gerak orang. tak lama lepas aku rasa ada orang dk tentang - tendang kaki aku, buka ja mata tengok si Joe plak yang mai dok gerak aku sambil kata "Woi, budak - budak pumpuan dah lama tunggu". Ok la kalau dah kata cam tu aku pun bangun terus pi tunggu kat depan pintu rumah. dekat 10 minit jugak dok tunggu nagoi - nagoi nie. aku tengok si Husaini tu baru nak bancuh ayaq la apa lah pastu nak memerut lagi. tak larat dah nak tunggu kat situ aku pun pi la kat rumah Rahim kata semua dh berkumpul kat situ. Sampai ja kat sana aku tengok semua budak - budak pumpuan termasuk Cik Asmida (Cik As) dengan Cik Zon ( Tutor KH ) dah lama dok tunggu kami. Yang Cik As dengan Cik Zon aku tengok dok bawa ber round - round dah. Boring sangat tunggu kami katanya. dekat 15 minit jugak la tunggu budak - budak umah aku tu. Lepas semuanya sampai, kami pun bertolak la ke Sg. Chiling dah dekat pukul 9.30 kot (aku tak bawa henset so tak taw pukul bapa time tu... agak - agak je la... huhu)

Sampai kat Kuala Kubu Bharu (KKB) kami singgah sat kat pasar untuk beli bekalan nak bawa pi makan kat sana. tak taw la pukul bapa sampai time tu, nasib baik la ada lagi makanannya. 

Aku beli nasi kerabu ngn kebab ja pastu beli mineral water botoi besaq, hehe... Lepas dah beli semua kami sambung semula perjalanan kami untuk ke Sg. Chiling lebih kurang 10 KM lagi dari Pekan KKB. Sesampai ja kat Santuari Ikan Sg. Chiling seperti biasa bergambar dulu kat pintu gerbangnya... :-)

Seperti biasa juga sebelum masuk merentasi hutan dan anak Sg. Chiling, setiap orang perlu membayar terlebih dahulu RM1.00 seorang.


Lepas dah bayar apa tunggu lagi, bermulalah pengembaraan lebih kurang 1 jam berjalan kaki













  



Akhirnya sampai juga ke destinasi yang nak dituju :-)


 Cik As & Cik Zon






Ikan Kelah...











Ok la dah penat bermandi - mandi n bagi ikan kelah makan. Jam pun dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Masa untuk berjalan pulang pulak. lagi 1 jam perjalanan merentasi hutan & anak sungai.

Sesampai ja kat depan, aku, Rizal & Min tak balik terus ke kereta tapi mandi dulu kat anak sungai kat depan tu. lebih kurang stgh jam kami mandi kat situ, depa ajak kami balik, naik ja dari sungai kami terus nak ke motor kami, dalam perjalanan nak ke motor kami berselisih dengan Fazli, dia menyampaikan berita yang tidak menyenangkan iaitu kereta Cik As dan Cik Zon kena pecah kat bonek. Kami sampai ja kat kereta, kami nampak kereta Satria Neo baru warna hitam dah kena pecah cermin belakang.



 yang nie pulak belakang kereta Cik Zon

Banyak jugak la barang yang hilang antaranya henset. Henset lebih kurang dalam 10 biji. duit pulak dalam dekat RM 500. Makan besaq la Penyagak tu ari nie. Aku bersimpati dengan kawan - kawan aku yang hilang henset dan duit. ada yang hilang henset saja, ada yang hilang duit saja & ada jugak yang hilang kedua - duanya. Aku bernasib baik sebab henset aku tak bawa, dompet duit aku dengan kunci moto aku, aku simpan dalam keta Cik Zon, yang bernasib baiknya aku simpan kat dalam kereta, barang - barang yang hilang semua yang dalam bonet kereta. kalau tengok dari luar macam tak pa yang jadi pun tapi bila buka bonet dengan beg, check dompet duit, duit dah tak ada. Sempat pulak dia ambik duit & simpan balik dompet tu kat dalam beg.





Kami pun apa lagi pi la buat report kat IPD Kuala Kubu Bharu. Bagus tak bagus salah sorang polis yang kami terserempak kat depan pintu masuk tu, dia tnya la kami pasai pa mai ramai - ramai ka. Kami bagitau la yang nak buat report kes pecah kereta kat Sg. Chiling. Jawapan yang dia bagi memang menusuk kalbu r orang kata. dia boleh kata "ampa dah taw kat situ kerap orang pecah keta ampa dok pi buat pa lagi" lebih kurang cam tu la dialog dia. Dalam hati aku kata, "kalau kami taw benda nk jadi kami pn x terbiang nak aih."




Maka bermula lah adegan Detective Conan.... hehe... 







Maghrib jugak la baru selesai laporan dibuat. Entah dapat balik entah tidak la barang - barang member aku tu, kalau dapat Alhamdulillah kalau tak maknanya tak dak rezeki la.... apa boleh buat... So Moral Of The Story is lepas nie jangan la pi Sg. Chiling naik keta Proton BLM, jangan simpan barang - barang berharga kat dalam bonet keta (anda mungkin diperhatikan ketika nak simpan barang - barang tersebut) & last janganlah bergembira sangat kalau pi tempat - tempat cam tu.

4 comments:

  1. uihhh,, teruk jgak hangpa kna.....

    ReplyDelete
  2. aku org kkb pon xtaw ade org pecah2 kete kat situ. sbb selama ni aku g ok je... hokhok.. kesian korang

    ReplyDelete
  3. tu la.. selama nie aku dk p pn ok ja.. kali nie plak jd cm nie... dh la first geng2 KH p... huhu.. xdak rezeki la tu...

    ReplyDelete