Pages

Monday, January 9, 2012

Menyusahkan Orang ramai

Hari ini pelajar - pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris menepuh lagi satu cabaran yang sepatutnya tidak perlu ditempuhi pun. Cabaran yang dimaksudkan adalah berkejaran untuk menduduki peperiksaan akhir semester. hal ini berpunca daripada seorang "hero" yang dibicarakan pada petang ini. Sapa lagi kalau bukan si AA yang hangat diperkatakan tadi. Dia diberitakan sempat berkunjung ke Makhkamah Jalan Duta untuk perhimpunan DSAI yang dibicarakan juga pada hari ini. Beliau pulak dibicarakan pada petang ini sekitar jam 4.00 ptg dan keputusannya diketahui sejam kemudian. Persoalannnya adakah DSAI datang untuk mendengar pula keputusan perbicaraanya? hehe... Disebabkan kes beliau aku mendapat tahu yang kawasan Kampus utama UPSI telah dikawal ketat sehinggakan berlaku kesesakan lalu lintang yang teruk sampai ada yang nak menduduki peperiksaan pada pukul 2.30 ptg terlewat sampai dan terpaksa berkejaran ke tempat peperiksaan. Sudah la lalu lintas sesak, bas pulak tidak dibenarkan untuk memasuki ke perhentian bas seperti mana waktu biasa, bas terpaksa berhenti di jalan utama dan pelajar terpaksa turun dan naik di situ. di bawah ini terdapat sedikit sebanyak gambaran apa yang berlaku pada petang tadi....



















 Hinggakan lalauan ke Pintu Utama pun ditutup kepada orang ramai. Sungguh menyusahkan.

Hebat sungguh penagan budak nie sorang. Disebabkan dia jugaklah UPSI menjadi terkenal. Terkenal dengan pandangan serong masyarakat dan juga cacian demi cacian. Disebabkan dia jugaklah yang menjadikan para ibu bapa di luar sana menjadi takut dan sampai ada kartunis yang memerli graduan dari UPSI ini.


Bagi aku, dia sepatutnya memohon maaf secara terbuka berkaitan apa yang dah dia buat untuk UPSI nie. Walaupun ramai yang  menyokong tindakan dia tetapi dia sendiri yang momohon untuk memasuki UPSI, jadi dia sepatutmya menjaga nama baik U tempat dia belajar, ini tidak taik juga yang dia bagi. Kalau dah mohon dan terima untuk memasuki UPSI, dia kenalah ikut peraturan yang dah ditetapkan oleh pihak universiti, kalau xmau ikut buat apa masuk U nie?

No comments:

Post a Comment