Pages

Monday, November 8, 2010

Sambutan Jubli Emas PERKIM

alhamdulillah, tamat sudah majlis sambutan PERKIM yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang diadakan sepanjang 3 hari bermula pada hari Jumaat hinggalah hari Ahad (5 - 7 november 2010). Kelab PERKIM UPSI terpanggil untuk menyertai majlis sambutan ini. kami diberi sebuah tapak untuk membuat sedikit pameran berkaitan PERKIM UPSI. tapi malangnya,barang yang ingin dipamerkan itu tertinggal di atas van. jadinya, kami just pamerkan je lah apa yang kami bawa yang berupa buku - buku berkaitan Islam dan pamplet - pamplet berkaitan Islam di samping membuat sedikit jualan barangan cenderahati UPSI. berikut merupakan gambar berkaitan pemeran PERKIM UPSI :












bukan setakat pameran saja yang dijemput malah dinner bersama timbalan perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Muhyiddin yasin juga dijemput. ada bersama juga pada malam tersebut adalah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. berikut sedikit gambar berkaitan :


















di samping tu juga, aku sempat untuk bercandid2 di sekitar masjid wilayah ini... hehe... kata orang, sambil menyelam tu minum la air sama kan... haha... inilah gambar - gambarnya :























setelah selesai program, alhamdulillah sebab banyak juga benda yang aku dapat pelajari dan juga dapat menambah kawan dari IPTA/S yang juga merupakan ahli kelab PERKIM universiti seperti KUIS, UNI CITY, UNISZA dan lain - lain lagi. di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu PERKIM KEBANGSAAN yang sudi menjemput kami untuk turut serta dalam majlis ini dan tak lupa juga kepada sahabat - sahabat baru aku, juga kepada ahli - ahli kelab PERKIM UPSI sendiri iaitu Fadli (YDP), Ain (S/U), hamizan, mastura dan juga asyikin.

No comments:

Post a Comment