Pages

Monday, April 12, 2010

SEMANGAT HIJAU KUNING

Walaupun kedah tewas di tangan Ng. 9 namun permainan yang ditunjukkan oleh pasukan kenari tidak mengecewakan penonton yang membanjiri stadium nasional bukit jalil. walaupun dalam surat khabar menyatakan hanya 5000 tiket sahaja yang terjual namun semua itu hanyalah tipu belaka kerana pononton yang hadir pada malam itu sangatlah ramai hinggakan tempat duduk ditingkat satu dan dua penuh malah ada yg sanggup berdiri sehingga tamat perlawanan. aku boleh buktikan di sini melalui pic di bawah ini:



pic yang atas tu tiap malam dah, tengok la berapa ramai orang yang pi untuk memberi sokongan kepada skuad hijau kuning manakala pic yang bawah tu pula kira2 pada pukul 6.00 ptg, tu pun dh ramai yang masuk dlm stadium termasuk la aku. maklum la semangat nak tengok final piala FA yang buat pertama kalinya aku p tengok sendiri kat stadium nasional bukit jalil.
pada malam tu aku p tengok dengan member2 aku (pullah & nazim) walaupun aku ada member kedah ramai tapi depa semua xmaw p... so kami p je la 3 org kami. kami bertolak dari tempat kami dalam pukul 8.30 pg cm tu la. kami p sana dengan menyewa kereta kancil jer sebab nak jimat modal.. hehehe.. yang bestnya kat sini antara kami bertiga, sorang pun xtaw jalan nak pi stadium bukit jalil. kami pakat redah p cm 2 ja.... yang drivernya aku. huhu.. kmi pun bertolak ke stadium bukit jalil, keluar ja dari tol damansara kot (aku bukannya tau sangat nama2 tempat nie) kami terserempak dengan sebuah bas yang membawa penyokong hijau kuning. fuhh!!! hati kami lega r sikit sebab kami ingat nak follow ja bas tu (senang keja, hehehe). kami pun follow la bas tu, follow punya follow punya follow , dia masuk KL da, dh la masuk KL dia benti plak btoi2 depan KLCC. rupa - rupanya bas tu singgah KLCC dulu sebelum ke stadium. kami pun tercenggang xtau nak pi mana..... aduh...!!! mampus la cm nie... huhuhu... pastu kami ambk keputusan untuk pi tnya driver bas tu. so, aku ngan nazim pi r tanya driver tu, driver bas tu kata "ampa ambk jalan nie, pastu ada simpang dua kat depan, ambk kiri pastu jumpa simpang dua lg ambk kanan lak pastu jumpa simpang dua lagi ambk kiri pastu terus sampai jumpa simpang dua lagi ambk kanan lak pastu terus ja......." hehehe..... banyak toi simpang kat KL nie noh... dh la aku first time drive keta kt KL nie... nasib baik la kami pi awai, jalan pun xla jem sangat. kami pun teruskan la perjalanan kami sepertimana yang diberitahu oleh pemandu bas tu td. tapi malangnya, kat simpang yang last tu aku tersilap ambk jalan, so kami tersesat entah ke mana la... huhuhhuhu.... last2 aku benti kat tepi jalan jap (konon2nya nk cari ilham la)... hehehe... nasib baik la ada brader sorang nie dia dok rehat2 dalam lori dia, so kami pi r plak tnya dia. ha..... kali nie nasib baik la dia bagi tau kami arah yang mudah nak pi... huhuuhu... kami pun follow la arah yang dia bagi tau kami tadi. akhirnya, sampai juga kami kat stadium nasional bukit jalil.
alhamdulliah....



masa kami sampai tu, penyokong hijau kuning dah agak ramai kat stadium macam dallm pic kat bawah nie....



kami just kelewaq(merayau) kat area2 stadium 2 ja la sambil jamu mata tengok barang - barang yang dijual dengan tengok gelagat penyokong2. sampai x larat kelewaq dah kami lepak lak kat surau berdekatan. time kat surau kami dan g lena satu round. hehehehe.... sampai kira - kira pukul 5.00 ptg lebaih cam 2, kami sambung kelewaq lak kat stadium... time nie dah makin ramai penyokong hijau kuning yang bertandang ke stadium, ada juga la sikit2 penyokong ng. 9 time nie. sambil2 dok kelewaq 2 aku jumpa jugak la member2 lama aku kat kedah dulu, dan r borak2 sat ngn depa. pas tu nazim lak jumpa ngn member dia yang agak2 gila sikit... hehehe.. kami pun join ngn member dia 2. time agak dalam pukul 6.00 ptg lebih cam 2 r, kami pun beratur nak masuk stadium dh... hahaha... semangat nak masuk nie... lagi pun masuk awai nie ada advantage sikit, boleh nak pilih tempat mana nak duduk.... hahaha... so kami pilih tempat yang memang strategik r kalau nak tengok bola, kami duduk kat tempat yang bertentang dengan tengah2 padang....

masa makin berlaku, penyokong kedua - dua pasukan makin lama makin memenuhi setiap ceruk stadium yang ada... n time tu jugak la geng - geng FRU nak kata depa buat keja, depa suruh penyokong kedah mengosongkan kawasan tengah2 tempat duduk yang betol2 bertentangan garisan tengah padang sebab depa kata takut penyokong kedah ngn penyokong ng 9 berkelai.... apa?? ingt kami penyokong xbertamadun ka nak gaduh2? or nak bakar2 stadium? kami xmacam tu la...... memang kami reyuh2 tapi semua tu just psiko ja..... just untuk mental ja tapi fizikal kami xguna pun.... buat pa nak berkelai2, buat sakit badan ja.... xdak faedah langsung.... lepas sattle semua tu kami masih menunggu detik 8.45 mlm..... berasa lambat gila masa berlalu.... hihihi... akhirnya, tiba la detik 8.45 mlm yang ditunggu2 oleh jutaan peminat bagi kedua - dua pasukan yang bermain. (tentang persembahan skuad hijau kuning aku x mau r komen apa - apa sebab depa dah lakukan yang terbaik walaupun tewas - tahniah skuad SANG KENARI). semangat yang ditunjukkan oleh penyokong kedah memang aku respect r, start dari awal perlawanan sehinggalah tamat perlawanan memang gamat gila r stadium nasional bukit jalil boleh kat penyokong sang kenari nie..... hahaha... satu lagi yang aku respect, time dah abis game, ada jugak penyokong kedah yang bergambar dengan penyokong ng. 9.. kalau negeri lain aku x tau r ada ke x semangat cm nie........ memang terbaik ah....................

lepas abis game, kami pun bertolak la balik ke tempat kami. time dalam perjalanan kami ingat nak singgah la makan kat rawang tapi sebaik ja sampai kat situ parking satu pun x dak sebab kebanyakkan kereta yang parking kat situ semuanya bernombor plat 'K'...... so, kami pun teruskan la perjalanan kami.... sepanjang perjalanan ramai jugak la penyokong kedah yang mengibarkan bendera HIJAU KUNING, bangga betoi aku jadi anak kedak.... walaupun kedah x menang malam tu tapi semangat HIJAU KUNING tu masih ada dalam hati setiap penyokong setia skuad kenari...... kira - kira dalam pukul 2.30pg cam tu kot kami sampai la kat area tempat kami belajaq.... tapi kami x balik kolej terus, kami lepak dulu kat dalam keta kat depan kedai mamak sebab nak tunggu game barcelona vs real madrid plak dalam pukul 4.00pg... hehehe...
tapi yang sebenarnya, aku xtgk pon game tu, nazim dengan pullah ja tengok, aku pi tidur dalam keta... hehehe.... penat drive la katakan...... lepas abis game tu kami terus ja balik kolej kira - kira pukul 6.00 pg... elok sampai ja dalam kolej, terus kedengaran suara azan subuh..... alhamdulliah.... selamat kami pergi dan balik.... wassalam.....



No comments:

Post a Comment