Pages

Sunday, March 7, 2010

TAKUT TAPI LAWAK


sempoi x tajuk aku kali nie... hahaha..
ceritanya cam nie, pada 27.02.2010 yang lepas aku p la kat kawan aku kat ipoh, pait nama dia, aku p kat dia sebab nak buat assignment enjin. aku bertolak dr Tg. Malim lebih kurang pukul 3.00 ptg dan sampai lebih kurang 2 jam kemudian dalam pukul 5.00ptg. sampai ja kt ipoh dia bawa aku jln2 kt poli dia, politeknik ungku omar, sampai maghrib. pada malamnya dalam pukul 8.30p.m cam tu kami p makan kat kedai dekat2 dengan rumah sewa dia sambil2 nak cari wifi. kat kedai tu ada tapi haram xleh guna lak..... so, kami lepak r dulu kat situ sampai lebih kurang pukul 10.00mlm lebih cm tu kot, aku pun tak perasan pukul bapa time tu, pas tu kami gerak lak p kedai kat depan MG Mall, bukan apa makanan kat situ murah cikit, ayaq buah dia just rm1.50 ja, gelas punyai la besar. kami lepak kat situ sampai lebih kurang dalam pukul 11.00mlm. lepas tu kami gerak plak ke Padang Ipoh sebab nak cari wifi cemei (free). hehehe... masa dalam perjalanan tu la terjadi satu peristiwa TAKUT TAPI LAWAK... hahaha... nak dijadikan cerita la kan, kawan aku nie drive la moto aku tu, sampai kat 1 round about tiba - tiba ada road block kat depan, terkejut beruk kami, dia cepat2 berhenti kat tepi sebab nak tukar driver, bukan dia tak dak lesen tapi dia baru lesen P, bila dh berhenti kat tepi jalan tu tiba - tiba muncul seorang anggota polis kat celah - celah pokok kat sebelah jalan tu, apa lagi ketar habis r satu badan kami. dia pegang hendal moto aku suruh kami p kat road block tu. kami dengan akurnya pun redah la road block 2. sampai ja kat road block tu kami dengan takutnya, dengan terketar - ketarnya pun berhenti la kat road block tu tapi dengan pantasnya kawan aku tu turun dari moto dan aku yang berada di seat belakang dengan cepatnya ambik alih kat tempat pemandu tetapi perbuatan kami tu diperhatikan oleh anggota polis yang datang untuk memeriksa lesen. yang seronoknya aku dengan selamba tapi dalam keadaan takut mengeluarkan lesen aku dan bagi kepada anggota polis yang berbangsa cina itu dan dia pun ambik dan check lesen dan road tax moto aku. kami pun tercenggang sekejap dan terfikir, dia tak nampak ka apa yang kami buat kat depan dia tadi or dia saja buat - buat tak nampak. syukur la dia buat - buat tak nampak agaknya tu.... bayangkan la perasaan ketika kita apabila membuat kesalahan di depan dan bukan di belakang tapi rasanya kami tak salah la kan sebab kami buat kat depan dia bukan kat belakang dia. hahahaha... tengah - tengah dia dok check lesen dengan road tax aku tu, kawan aku tu buat - buat tanya jalan nak ke padang ipoh dan dia pun jawab la tp bila tanya ada wifi free ka kat sana dia tak paham plak. rupa - rupanya dia tak tahu wifi tu apa. agak lawak la polis nie, sampai wifi pun xtaw benda apa. hehehe.... lepas satle semuanya, kami pun teruskan la perjalanan kami tu untuk ke padang ipoh. semasa kat atas moto sampai tak larat kami asyik tergelakkan polis dan perbuatan yang kami buat tu. rasanya bukan dia seorang saja yang tgk kami buat perbuatan tu sebab kat situ ada lebih kurang dalam 20 orang aggota polis yang jaga road block 2. lawak - lawak. kami pun teruskan la perjalanan kami untuk ke padang ipoh itu dam akhirnya sampai la kat padang ipoh itu. kat bawah nie ada la beberapa keping pic yang aku sempat tangkap.....





kami just lepak kat tepi padang tu ja... santai kat atas rumput sambil menikmati pemandangan bandaraya ipoh yang agak sejuk pada malam 2.... hehehe... kami lepak kat situ sambil cari bahan untuk assignment aku tu. kami lepak kat situ lebih kurang pukul 2 jugak la. lepas tu masa nak balik rumah kawan aku tu kata kat ipoh ada satu kedai roti canai baik punya. aku pun ajak r dia p. memang terbaik ar kedai tu sebab dia punya tebar roti canai punya la besar sampai nak tertutup kepala dia, kawan aku kata jangan tengok sebab sat g aku tak lalu nak makan. tapi aku kisah apa, tak penah aku tengok orang tebar roti canai sebesar tu. kiranya kuantiti dia 4 kali ganda lebih banyak dari roti canai kedai al - bayan kat taman U. hahaha.. murah pun murah, rm 1.00 ja sekeping. tp sayang aku tak tangkap gambar roti canai tu. kalau tak ada gak bukti takut ada yang kata aku tipu lak... hehehe... lepas ja mkn roti canai gergasi tu, kami pun terus ja balik. lebih kurang pukul 3 jugak la kami sampai kat rumah sewa dia. aku pun terus ja tidor sebab penat gila malam tu.....

wasalam..............

No comments:

Post a Comment